NILAM

Pengenalan

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca   yang   pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

  • Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan)
  • Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti)
  • Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun (Penilaian)

Matlamat

Satu strategi untuk menanam minat    membaca   di   kalangan   rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Objektif

1.  Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti & bukan   sahaja   pembacaan   yang berorientasikan peperiksaan)

2.  Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

Jawatankuasa NILAM SMK Lui Barat

En Khairul Azua bin Abu Zarin

Cik Hasmah binti Tik

 

Lagu Nilam

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi rakan pembaca juga capai jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

c/o
NILAM, NILAM, anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM, NILAM, anugerah NILAM
Idaman Pembaca Jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca punca minda bestari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: